Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tiga Beranak Ditemukan Maut, Dipercayai Bunuh Diri

KUALA LUMPUR, 8 September- Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat tiga beranak itu ditemukan di dalam bilik tidur pertama dengan pintu dan tingkap bilik ditutup rapat menggunakan pita pelekat.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kesemua mayat pada 7.31 pagi daripada seorang lelaki yang juga merupakan bekas teman lelaki mangsa yang menyewa bilik di kediaman itu.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat tiga mayat iaitu satu mayat wanita dewasa berusia 42 tahun, satu mayat remaja perempuan dan satu mayat remaja lelaki masing-masing berumur 14 dan 15 tahun. Kesemua Mayat Ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap,” katanya dalam satu kenyataan.

Hussein berkata turut dijumpai ialah satu sampul berisi surat wasiat dan sejumlah wang tunai.

Beliau berkata pemeriksaan pasukan patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati keseluruhan ruang pintu dan tingkap bilik di mana kesemua mayat ditemukan ditutup rapat dengan pita pelekat.

Pasukan forensik turut menemukan satu bekas arang dan pencucuh api yang diletakkan di bawah sofa di dalam bilik itu dan tempoh kematian dipercayai melebihi 24 jam.

“Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah sekiranya ada,” kata beliau.

Wanita yang bekerja sebagai jurujual berusia 42 tahun itu dan dua anaknya berusia 14 tahun serta 15 tahun dikatakan tinggal di apartment tersebut sejak 2018.

The post Tiga Beranak Ditemukan Maut, Dipercayai Bunuh Diri first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Tiga Beranak Ditemukan Maut, Dipercayai Bunuh Diri

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×