Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Syafiq Kyle Kongsi Gambar Gembira, Peminat Saran Tidak Perlu Berkahwin Dulu

Kuala Lumpur: Pelakon Syafiq Kyle dilaporkan kelihatan gembira selepas majlis pernikahannya dengan Mimi Lana dibatalkan menerusi hantaran foto terbaharu yang dimuat naiknya semalam.

Perkongsian foto swafoto atau selfie dengan aksi ‘peace’ itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang turut menyarankan agar Syafiq tidak mendirikan rumah tangga.

“Nampak gembira tak jadi kahwin,” tulis seorang pengikut.

“Kacaknya Syafiq. Tak perlu lah berkahwin,” komen seorang netizen.

Rata-rata pengikut turut meluahkan rasa teruja selepas melihat ketampanan pelakon pujaan mereka itu.

Dalam masa sama, terdapat pengikut yang kagum dengan keputusan Syafiq dan Mimi yang memilih untuk tidak menjawab pembatalan majlis perkahwinan mereka.

“Aku suka Syafiq dan Mimi ni. Mereka berdiam diri dalam hal peribadi daripada dulu,” komen pengikut itu.

Terdahulu, pasangan ini mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan dan resepsi mereka yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos lalu.

Berita pembatalan majlis berkenaan juga disahkan pengurus Mimi, Iman Tang yang memberitahu dia dimaklumkan sendiri oleh pelakon itu.

Iman juga menafikan punca pembatalan majlis pernikahan mereka yang secara tiba-tiba ada kaitan dengan masalah peribadi membabitkan Mimi dan Syafiq.

Sumber: Harian Metro

The post Syafiq Kyle Kongsi Gambar Gembira, Peminat Saran Tidak Perlu Berkahwin Dulu first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Syafiq Kyle Kongsi Gambar Gembira, Peminat Saran Tidak Perlu Berkahwin Dulu

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×