Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mahu Langsaikan Hutang, Punca Abang Ipar Biar Wanita Dirogol Bergilir-Gilir

KUALA LUMPUR – Gara-gara berhutang, seorang lelaki tempatan tergamak membiarkan adik iparnya diperkosa lima lelaki secara bergilir-gilir di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, pada pagi 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Suspek yang merupakan abang ipar dan mangsa berusia 27 tahun itu tinggal bersama di kediaman terbabit.

“Abang ipar mangsa (suspek) yang ditangkap pada Sabtu lalu. Suspek dipercayai Telah menelefon mangsa supaya tidak mengunci pintu rumah.

“Suspek juga disyaki mempunyai hutang duit dengan salah seorang lagi suspek yang terlibat. Bagaimanapun, setakat ini tiada pengakuan dibuat oleh suspek yang ditangkap,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, hasil siasatan awal mendapati mangsa ketika sedang tidur di dalam bilik, telah tersedar seterusnya mendapati mulut ditutup dengan tangan dan dipercayai seramai lima orang lelaki telah berada di dalam bilik.

“Mulut mangsa telah ditutup dan tangan mangsa juga telah diikat dengan kain. Salah seorang daripada suspek telah merogol mangsa manakala salah seorang suspek lagi telah merakam video semasa kejadian tersebut.

Sementara itu, kes disiasat di bawah Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan (rogol berkumpulan) yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes rogol wanita bergilir-gilir, di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, di sini, malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sepasukan Polis dari Bahagian (D11), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah membuat tangkapan ke atas suspek berusia 29 tahun itu sekitar pukul 9.30 malam.

“Suspek telah ditahan reman selama enam hari sehingga Jumaat ini, dan kita masih mempergiatkan usaha bagi mengesan empat lagi suspek yang masih bebas,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian (D11), IPK Kuala Lumpur, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115999. 

Sumber: Kosmo

The post Mahu Langsaikan Hutang, Punca Abang Ipar Biar Wanita Dirogol Bergilir-Gilir first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Mahu Langsaikan Hutang, Punca Abang Ipar Biar Wanita Dirogol Bergilir-Gilir

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×