Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rakyat Pening Telur Ayam Habis Lagi, Tinggal Telur Ayam Kampung Sahaja

Kuala Terengganu: Kekurangan Telur Ayam kembali berlaku di daerah ini apabila bekalan yang diperoleh pemborong habis dijual dalam tempoh tiga jam.

Tinjauan di syarikat pemborong Telur di Cabang Tiga di sini, hari ini mendapati, hanya Telur Ayam Kampung sahaja yang tinggal.

Malah, kekurangan bekalan telur ayam membuatkan pengguna tiada pilihan selain mendapatkan telur ayam kampung dan telur kotor.

Pengurus syarikat pemborong, Nursyzanil Adha Ramli berkata, pihaknya menerima 2,400 papan telur pagi tadi, dan habis dijual jam 11.15 pagi.

Menurutnya, kali terakhir pihaknya menerima bekalan telur ialah pada Jumaat lalu membabitkan kuantiti sama.

Katanya, ia juga habis dalam tempoh cepat apabila ‘diserbu’ orang ramai yang sudah beratur sebelum kedai dibuka.

“Berbanding sebelum ini, kita menerima bekalan telur ayam 5,000 papan, namun kini hanya diberi 2,400 papan sahaja.

“Saya tidak tahu dan tidak berani berjanji bila bekalan baru akan diperoleh. Saya sudah membuat tempahan dan hanya menunggu bekalan sampai,” katanya ditemui.

Nursyzanil berkata, pihaknya terpaksa menghadkan jualan kepada tiga papan setiap seorang bagi membolehkan semua yang beratur memperoleh telur ayam.

Katanya, masalah kekurangan telur ayam berlaku seminggu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, dan berlarutan hingga sekarang.

“Sekarang ini, bukan saja telur ayam biasa habis dijual, malah telur kotor pun pengguna ‘sapu’ bersih.

“Yang ada sekarang hanya telur ayam kampung yang tiba pagi tadi sebanyak 300 papan. Saya jangka petang ini atau pagi esok, ia habis dijual,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post Rakyat Pening Telur Ayam Habis Lagi, Tinggal Telur Ayam Kampung Sahaja first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Rakyat Pening Telur Ayam Habis Lagi, Tinggal Telur Ayam Kampung Sahaja

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×