Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hadiah Kereta Sebagai Balasan Luluskan Tender, Penjawat Awam Ditahan SPRM

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu tadbir kanan sebuah Agensi Kerajaan Negeri Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan menerima rasuah pada tujuh tahun lalu.

Seorang lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat pembekalan turut ditahan agensi tersebut bagi membantu siasatan pemberian sebuah kenderaan kepada pembantu tadbir berkenaan.

Sumber SPRM berkata, siasatan awal mengesyaki penjawat awam terbabit menerima kenderaan bernilai RM90,000 tersebut daripada pemilik syarikat berkenaan pada tahun 2016.

“Ia dipercayai sebagai balasan bagi memastikan kerja-kerja pembekalan agensi kerajaan negeri terbabit diperolehi syarikat tersebut.

“Nilai kerja-kerja pembekalan sejak tahun 2017 hingga kini dianggarkan berjumlah RM230,000,” katanya di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, kedua-dua suspek ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman hari ini.

Beliau berkata, dua lelaki berusia 50-an itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok bagi permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd. Yazid
yang dihubungi mengesahkan penangkapan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Sumber: Kosmo

The post Hadiah Kereta Sebagai Balasan Luluskan Tender, Penjawat Awam Ditahan SPRM first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Hadiah Kereta Sebagai Balasan Luluskan Tender, Penjawat Awam Ditahan SPRM

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×