Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wanita Maut, Kereta Dipandu Merempuh Lori Kontena Sedang Berhenti Tepi RnR

SEREMBAN – Seorang wanita maut apabila kereta Perodua Ativa yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Lori Kontena di Kilometer 249.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran susur masuk Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Senawang di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superitendan Mohd. Rosli Ishak berkata, dalam kejadian lebih kurang pukul 7.45 pagi itu, mangsa wanita berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Perodua Ativa dipandu mangsa sedang bergerak dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke arah Melaka seorang diri.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa itu disyaki hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori kontena jenis Volvo dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Rosli berkata, pada masa itu lori kontena terbabit sedang berhenti di sebelah kanan susur RnR Senawang sementara menunggu giliran tempat letak kenderaan berat yang masih penuh dengan kenderaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Tambah beliau, mana-mana saksi yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Alif di talian 018-2029479 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222 bagi membantu siasatan. 

Sumber: Kosmo

The post Wanita Maut, Kereta Dipandu Merempuh Lori Kontena Sedang Berhenti Tepi RnR first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Wanita Maut, Kereta Dipandu Merempuh Lori Kontena Sedang Berhenti Tepi RnR

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×