Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tiada VAR Pada Final Piala Malaysia Tahun Ini

KELANA JAYA, 1 September- Sistem video bantuan pengadil (VAR) tidak akan digunakan pada perlawanan akhir Piala Malaysia bagi edisi Tahun ini.

Ketua pegawai Eksekutif Liga BolaSepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihaknya berdepan beberapa kekangan seperti infrastruktur,capaian internet dan ketersediaan pengadil tempatan malah kini mereka sedang merancang untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bagi memperhalusi masalah berkenaan.

“Kita perlu lihat daripada segi kewangan, infratruktur dan perbincangan dengan penyiar kami ASTRO dan RTM bagi memastikan kesediaan semua yang terbabit. Jika kita buat lima kamera pada hari ini kita perlu lapan kamera produksi, apakah rakan penyiar dapat menyediakannya, untuk pelaksanaan var kamera tambahan yang diperlukan,”katanya.

Sementara itu, Stuart mendedahkan kos perbelanjaan bagi pelaksanaan VAR dalam kancah saingan Liga Malaysia (Liga-M) tahun depan mencecah RM9.7 juta manakala RM3.2 juta bagi tahun berikutnya.

“Tahun pertama lebih tinggi disebabkan pembelian barang-barang yang diperlukan, ia adalah pelaburan infrastruktur, jadi ia kos tetap yang kita perlu labur untuk tahun pertama tetapi tahun kedua seterusnya ia lebih kurang RM3.2 juta. Ini tidak termasuk kamera tambahan kalau kita nak tambah.

Stuart berkata MFL telah memutuskan untuk melaksanakan VAR dalam kesemua perlawanan kendalian badan pentadbir Liga-M itu.

Beliau memaklumkan perkara itu dalam satu sidang media selepas meninjau sesi latihan fasa kedua VAR yang disertai seramai 40 orang pengadil tempatan dan 14 ‘replay operator’ (RO) di Wisma FAM.

Teknologi VAR pertama kali digunakan di Malaysia ketika perlawanan akhir Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 antara Kuala Lumpur City FC dan kelab dari Oman, Al-Seeb di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Oktober tahun lepas dengan ia dikendalikan sepenuhnya AFC.

Menuju ke arah pelaksanaan VAR, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini sedang menyiapkan pengadil yang mampu mengendalikan sistem tersebut melalui kursus diadakan bersama wakil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa(FIFA).

Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman memaklumkan ketika ini pihaknya sedang melatih seramai 20 orang pengadil,20 penolong pengadil dan 14 orang ‘replay operator'(RO).

Beliau memaklumkan kesemua yang terlibat akan menjalani Tiga Fasa Kursus dan ketika ini sedang berada dalam fasa kedua.

“Pada bulan November dan Disember kita akan buat sesi praktikal dan kita hendak lengkapkan tiga fasa kursus.

“Selepas itu itu kita tunggu penilaian akhir dari FIFA, kita cadangkan pada tahun depan bulan Mac,”katanya.

The post Tiada VAR Pada Final Piala Malaysia Tahun Ini first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Tiada VAR Pada Final Piala Malaysia Tahun Ini

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×