Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kes Wanita Dirogol Bergilir-Gilir, Polis Kini Cari Muhammad Nuraffiq Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang dirogol bergilir-gilir di sebuah rumah di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya telah mengenal pasti suspek yang terlibat.

Jelas beliau, pihaknya kini Sedang Mengesan Saksi yang dikenali sebagai Muhammad Nuraffiq Jaafar, 29, dan beralamat di PPR Laksamana, Cochrane 2, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

“Polis sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati kejadian berlaku pada awal pagi semalam, apabila kira-kira lima lelaki masuk ke rumah mangsa yang berusia 20-an dan merogolnya.

“Polis sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian dengan bantuan pasukan forensik dan mangsa sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan,” katanya.

Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki, malah rakaman video mangsa ketika perbuatan terkutuk tersebut turut dilakukan kumpulan tersebut.

Kejadian tersebut menimpa seorang pekerja swasta berusia 27 tahun kira-kira pada pukul 3.30 pagi di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa ketika itu sedang tidur di dalam biliknya sebelum tersedar mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.

“Suspek turut bertindak mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber: Kosmo

The post Kes Wanita Dirogol Bergilir-Gilir, Polis Kini Cari Muhammad Nuraffiq Bantu Siasatan first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Kes Wanita Dirogol Bergilir-Gilir, Polis Kini Cari Muhammad Nuraffiq Bantu Siasatan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×