Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penganjur Jelaskan Kerajaan Dan KFC Tidak Terlibat Dengan Jemputan Pelajar Tahfiz

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Seorang ahli perniagaan tampil memberi penjelasan bahawa Kerajaan Dan Kfc, tidak terlibat sama sekali dengan jemputan dan kehadiran pelajar tahfiz di Kepci Muzik Festival di Shah Alam, bersempena sambutan 50 tahun KFC pada Sabtu lalu.

Andrie Ung Han Xiang memberi penjelasan bahawa beliau adalah individu bertanggungjawab yang membawa kumpulan berkenaan ke Stadium Malawati bagi Memberi Peluang Kepada mereka merasai sendiri kemeriahan acara berkenaan.

Ahli perniagaan itu berkata kedua-dua pihak iaitu KFC dan kerajaan juga tidak diberi sebarang makluman mengenai hal tersebut.

“Inisiatif ini sepenuhnya daripada pihak saya, yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan, untuk merasai pengalaman menghadiri festival tersebut dan diraikan bersama-sama.

“Saya dengan bantuan dan sumbangan dari rakan-rakan, telah berjaya mengumpulkan seramai 700 orang anak yatim dari 22 buah rumah anak yatim seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Andrie Ung berkata kanak-kanak yang ditularkan memakai jubah hijau dan berserban putih itu adalah dari Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya TTDI Jaya.

Mereka merupakan anak-anak pelarian Rohingya beragama Islam dan hampir tidak tahu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu.

Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan kehadiran pelajar tahfiz menonton konsert itu.

The post Penganjur Jelaskan Kerajaan Dan KFC Tidak Terlibat Dengan Jemputan Pelajar Tahfiz first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Penganjur Jelaskan Kerajaan Dan KFC Tidak Terlibat Dengan Jemputan Pelajar Tahfiz

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×