Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ribut Melanda Kota Damansara, Peniaga Terkilan Gerai Musnah Depan Mata

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Kota Damansara, di sini, berdepan dengan angin kencang akibat hujan lebat petang tadi sehingga beberapa pokok tumbang menghalang lalu lintas.

Perkara itu dirakam oleh usahawan produk kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan dimuat naik di akaun Instagramnya.

Lebih mengejutkan, kata Aliff juga seorang pempengaruh itu, beberapa peniaga juga mengalami kerugian apabila gerai dan makanan dijual habis musnah dalam kejadian angin kencang tadi.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar pukul 4 petang tadi di kawasan sekitar Kota Damansara berhampiran ibu pejabat D’Herbs.

“Ya Allah semoga semua orang selamat di kawasan Kota Damansara ini. Terutama peniaga-peniaga tepi jalan kesian sangat saya tengok terpelanting semua makanan air-air yang mereka jual semua.

“Tuhan sahaja yang tahu sedih dan kesian saya apabila saya menyaksikan sendiri depan ibu pejabat D’Herbs mengalami puting beliung apabila banyak pokok tumbang dan bumbung rumah flat juga terpelanting.

“Sumpah saya takut.. Sama-sama kita berdoa supaya tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini berkata, antara kawasan yang berdepan dengan cuaca buruk ini adalah Selangor adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Hujan lebat serta ribut petir juga diramal di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau,” katanya.

Sumber: Kosmo

The post Ribut Melanda Kota Damansara, Peniaga Terkilan Gerai Musnah Depan Mata first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Ribut Melanda Kota Damansara, Peniaga Terkilan Gerai Musnah Depan Mata

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×