Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Da’i Syed Nafi Isteri Keguguran Sebab Kifarah Rogol, Sedia Saman Dua Pemfitnah

PETALING JAYA – Difitnah isteri keguguran akibat kifarah rogol, pendakwah selebriti Da’i Syed nekad mengambil tindakan undang-undang Terhadap dua orang wanita.

Pemilik nama lengkap Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful itu menegaskan tuduhan tersebut mengganggu emosinya dan isteri, Hana Ismail yang baru sahaja mengalami keguguran anak pertama.

“Apabila kenyataan awal diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keguguran kandungan isteri, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ini adalah sesuatu yang amat melampaui batas.

“Hal ini merupakan suatu fitnah terhadap saya dan pelaku juga seolah-olah cuba mengambil kesempatan atas kesedihan yang ditanggung kami berdua.

“Ini merupakan kenyataan salah yang sengaja diada-adakan. Sehubungan itu, saya mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dalam kadar yang segera,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dua wanita yang terlibat dalam kes saman terbabit adalah Nurul Atiqah iaitu merupakan individu yang mendakwa dirinya sebagai mangsa, selain Ainun Najwa, kawan kepada Atiqah yang didakwa membangkitkan semula kes rogol sebelum ini.

Syed yang ditemui pada sidang akhbar tergempar di Eastin Hotel, Petaling Jaya hari ini turut memulakan tindakan undang-undang terhadap individu kedua, Ainun Najwa disebabkan fitnah yang telah dibangkitkan semula pada 23 November 2021.

“Sebelum ini, pada 26 November 2021, Ainun Najwa telah membuat laporan polis yang menyatakan dia mengakui sebagai individu yang memuat naik hantaran tersebut dan memohon maaf kerana telah memfitnah saya.

“Tetapi laporan polis sebelum ini tidak dapat menidakkan tindakannya yang telah memfitnah saya, malah di dalam laporan sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut,” ujarnya lagi.

Menurut suami kepada pengacara Hana Ismail itu, dia juga tidak akan teragak-agak memulakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnah dan mengaitkannya juga isteri serta keluarga.

“Saya memohon agar orang awam yang tidak terkait dengan kes dan tidak mengetahui fakta kes sebenar dapat berlaku adil dalam memberikan sebarang komentar.

“Jangan tersalah langkah sehingga membuat tohmahan melampaui batas terhadap diri saya kerana saya sedia saman terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnah saya.

“Saya berharap orang ramai dapat menerima penjelasan saya berhubung isu ini dengan hati yang terbuka,” ujarnya.

Sebelum ini, Nurul Atiqah yang mendakwa menjadi mangsa perkosa kepada pendakwah tersebut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan isteri pendakwah tersebut sebagai kifarah atas perbuatan terkutuknya.

Syed pada 10 Disember 2020 berdepan tuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatan.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Syed daripada pertuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pendakwah selebriti itu pada akhir kes pendakwaan. 

Sumber: Kosmo

The post Da’i Syed Nafi Isteri Keguguran Sebab Kifarah Rogol, Sedia Saman Dua Pemfitnah first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Da’i Syed Nafi Isteri Keguguran Sebab Kifarah Rogol, Sedia Saman Dua Pemfitnah

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×