Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Guna Minyak Peket Untuk Berniaga Antara Punca Bekalan Tidak Mencukupi

KUALA LUMPUR – Penyalahgunaan minyak masak bersubsidi oleh sesetengah pihak untuk tujuan lain termasuk perniagaan antara penyumbang utama isu kekurangan bekalan di pasaran negara.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, kuota yang diluluskan oleh kerajaan pada sebelum ini telah mencukupi dengan mengambil kira keperluan isi rumah yang berpendapatan rendah.

“Kerajaan telah memutuskan bahawa kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60 ribu tan metrik bagi keperluan isi rumah yang layak, namun kajian yang dijalankan kementerian mendapati pemberian subsidi ini telah digunakan untuk tujuan lain.

“Wujud kes yang menggunakan minyak berpaket dalam aktiviti peruncitan serta digunakan dalam menjayakan kempen-kempen khas seperti penjualan makanan murah, sepatutnya mereka yang layak sahaja iaitu golongan berpendapatan rendah boleh menikmatinya,” katanya kepada media pada Majlis Pelancaran My Gaya Month 2023 sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) hari ini.

Jelasnya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan pertambahan kuota minyak bersubsidi tersebut.

Dalam pada itu, Datuk Azman turut menjelaskan Ops Tiris, yang dilaksanakan kementeriannya bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan Minyak Diesel Bersubsidi telah berjaya mengumpul 60 juta rampasan setakat ini.

“Kita akan sentiasa berusaha untuk memastikan tadbir urus dan tatakelola yang baik dengan memantau semua pengeluaran minyak diesel bersubsidi. Kita memang turun padang, walaupun penguatkuasa di bawah KPDN hanya mempunyai 2500 orang,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo

The post Guna Minyak Peket Untuk Berniaga Antara Punca Bekalan Tidak Mencukupi first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Guna Minyak Peket Untuk Berniaga Antara Punca Bekalan Tidak Mencukupi

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×