Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Guru ‘Remove Makeup’ Murid Depan Pagar Sekolah Cetus Kemarahan Bapa

Tags: guru anak sekolah

PETALING JAYA – Seorang lelaki sedih dan kecewa apabila solekan anaknya dibuang oleh Guru di hadapan pagar sekolah.

Menurut video tular di laman Twitter, lelaki tersebut menyolek dan menyediakan pakaian cantik untuk anaknya sempena perayaan bulan kemerdekaan di sekolah.

“Hari ini, anak saya sangat gembira kerana dapat memakai pakaian tradisional India sempena bulan kemerdekaan. Dia (anak) siap berlatih terlebih dahulu, katanya nak buat ‘cat walk’ depan kawan-kawan.

“Ibunya pun seronok kerana baju tradisional India yang kami sewa dan hasil solekan nampak cantik pada anak,” katanya.

Bagaimanapun, luluh hati bapanya apabila mendapati solekan anaknya dibuang oleh guru sejurus anaknya melangkah masuk ke pekarangan sekolah.

“Dari jauh, saya boleh dengar guru tersebut marah anak sambil mengelap mukanya dengan kain untuk hilangkan solekan.

“Sedih tengok anak kena marah macam itu sekali depan pelajar lelaki yang lain,” katanya.

Tambah lelaki tersebut, dia juga berasa sedih apabila guru tersebut menuduh anaknya ‘tidak faham bahasa’ kerana memakai solekan ke sekolah.

“Dalam group WhatsApp sekolah, tak ada diberitahu murid tidak boleh memakai solekan ke sekolah. Apa yang diberitahu cuma pelajar perlu hadir ke sekolah dengan tema pakaian tradisional sempena bulan kemerdekaan.

“Saya bukannya jenis sebelahkan anak, tetapi kalau anak diperlakukan begitu, memang saya marahlah. Saya terus berjumpa guru berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu menjadi bertambah kecewa apabila diherdik guru tersebut. Menurut lelaki sama, guru tersebut juga menyalahkan guru lain kerana tidak menyampaikan maklumat betul kepada ibu bapa.

“Kemudian, saya cari anak saya di kelas. Terbukti anak saya sudah trauma. Awalnya seronok, tetapi akhirnya menangis teresak-esak.

“Puas saya pujuk untuk pulihkan semangat anak. Saya tidak mahu anak rasa sedih dan putus asa. Hidup ini memang begitu, bukan semua orang akan setuju dan gembira dengan tindakan kita,” katanya. 

Sumber: Kosmo

The post Guru ‘Remove Makeup’ Murid Depan Pagar Sekolah Cetus Kemarahan Bapa first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Guru ‘Remove Makeup’ Murid Depan Pagar Sekolah Cetus Kemarahan Bapa

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×