Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penduduk Gempar Ada Buaya Dalam Parit Di Tanjong Karang

KUALA SELANGOR – Penduduk Kampung Parit Serong, Tanjong Karang di sini gempar apabila mereka menemui seekor Buaya dalam sebuah parit di perkampungan itu semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima satu video tular mengenai penemuan reptilia tersebut kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, penduduk memaklumkan cuba menangkap buaya itu tetapi gagal sebelum haiwan tersebut hilang ke dasar parit berkenaan pagi semalam.

“Hasil pemantauan dan siasatan Perhilitan tidak melihat kelibat reptilia tersebut. Anggota kami menjalankan rondaan di sekitar lokasi itu, namun buaya tersebut tidak ditemui,” katanya ketika dihubungi Kosmo.

Tambah Choon Yung, pemantauan lanjut akan dilakukan pihaknya bagi mengesan buaya berkenaan dan orang awam diminta segera menghubungi Perhilitan jika melihat buaya itu. 

Sumber : Kosmo

The post Penduduk Gempar Ada Buaya Dalam Parit Di Tanjong Karang first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Penduduk Gempar Ada Buaya Dalam Parit Di Tanjong Karang

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×