Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Konsert Viral Lagu Tiktok Tukar Lokasi Ke Batu Kawan, Penganjur Syukur Tidak Terbatal

Kuala Lumpur: Penganjur Konsert Viral Lagu Tiktok, A.Jee Event Entertainment lega dengan penukaran lokasi asal konsert terbabit dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang pada 30 September depan.

Ia berikutan bantahan penduduk setempat yang mendakwa penganjuran konsert ini tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.

Pengarahnya, Mohd Hammali Mohammed Yusoff berkata, mereka bersyukur dan berterima kasih terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang atas keputusan yang dibuat.

“Alhamdulillah, perancangan kami untuk konsert ini dah lama dibuat. Memang kami perlukan viral tapi kami perlukan viral yang sihat, bukan kontroversi atau viral tidak sihat.

“Ini Konsert Viral Lagu TikTok pertama di Asia yang kami anjurkan merangkumi lagu-lagu yang viral dalam TikTok. Bila berlaku kontroversi, ia menambah dan mengurangkan juga apa yang kami rancang. Kami tidak inginkan sesuatu yang bersifat negatif untuk tujuan konsert ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sejak awal lagi pihaknya sudah membuat permohonan untuk menyewa Stadium Batu Kawan tetapi difahamkan ia bertembung dengan jadual perlawanan bola sepak.

“Kami memang perlukan tempat yang lebih besar kerana jangkaan kami melebihi 50,000 orang akan hadir pada konsert membabitkan gabungan artis Malaysia dan Indonesia ini.

“Apapun kami tak salahkan mana-mana pihak terutama orang ramai atau penduduk Kepala Batas. Mungkin mereka tidak faham apa yang nak kami tontonkan kepada masyarakat berkenaan konsert ini.

“Mungkin mereka salah faham dan tak dapat pemahaman yang tepat. Sebenarnya lagu-lagu TikTok ialah lagu yang dipopular atau diviralkan dalam TikTok seperti lagu Tiara, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Azizah dan banyak lagi,” katanya.

Mohd Hammali berkata, kontroversi konsert ini dibabitkan dengan genre dangdut sedangkan ia tidak jauh berbeza dengan genre muzik lain.

“Kita tidak boleh melabelkan seseorang artis atau menghukum dia dengan gelaran seksi, tidak sopan, tidak tutup aurat hanya kerana dia penyanyi dangdut.

“Kena tengok dulu untuk menilainya. Tak dinafikan Baby Shima ada terbabit tapi saya anggap dia idola kerana dia popular bukan saja di Malaysia tapi di Indonesia, Brunei dan Singapura.

“Mungkin dia nampak setaraf dengan Blackpink kerana baru nak buat konsert dah terlalu viral. Sebut nama Baby Shima orang terkejut dan teruja. Ramai juga yang tak tahu konsert ini juga menjana ekonomi untuk semua pihak,” katanya yang akan mengadakan sidang media selepas ini.

Konsert Viral Lagu TikTok menampilkan Baby Shima, Ayu Rara, Kiki, Febiola dan Mysz Yeni.

Semalam, kerajaan negeri meminta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) membatalkan kelulusan Konsert Viral Lagu TikTok yang dijadualkan berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas pada 30 September depan.

Permintaan itu dibuat Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dalam satu kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook.

Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam berkata, kerajaan negeri mengambil maklum mengenai konsert berkenaan.

“Justeru, saya meminta pihak berkuasa tempatan iaitu MBSP untuk membatalkan kelulusan konsert berkenaan.

“Walau bagaimanapun, pihak penganjur memohon memindahkan lokasi konsert ke Batu Kawan dengan syarat-syarat tambahan,” katanya.

Sumber: Kosmo

The post Konsert Viral Lagu Tiktok Tukar Lokasi Ke Batu Kawan, Penganjur Syukur Tidak Terbatal first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Konsert Viral Lagu Tiktok Tukar Lokasi Ke Batu Kawan, Penganjur Syukur Tidak Terbatal

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×