Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Suspek Sengaja Buat Panggilan Palsu Ancaman Bom Di Aeon Klebang Ditahan Polis

IPOH, 24 Ogos- Polis hari ini mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan Palsu Ancaman Bom di pusat beli-belah Aeon Mall Klebang, Chemor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 38 tahun tersebut ditahan pada 9.30 malam tadi di kawasan Tasek, Ipoh kurang lima jam daripada laporan mengenainya diterima.

“Suspek dipercayai bertanggungjawab berdasarkan pengakuan dikumpul dan peranti komunikasi yang digunakan untuk membuat panggilan palsu. Suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun keseksaan dan dengan tertangkapnya suspek kes dianggap selesai.

“Pemeriksaan di seluruh premis tidak menemukan sebarang objek meragukan. Kawasan bangunan disahkan selamat dan semua kakitangan dibenarkan masuk semula pukul 10.30 malam tadi.

“Dengan tertangkapnya suspek ini, maka kes ini telah pun berjaya diselesaikan. Pihak polis ingin memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak membuat panggilan Ancaman Bom palsu dengan sewenang-wenangnya sehingga mendatangkan ketakutan kepada orang awam dan ketenteraman awam,”katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Sementara itu, Pusat membeli-belah AEON Mall Klebang, dalam satu kenyataan memaklumkan akan beroperasi seperti biasa hari ini selepas mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung keselamatan premis itu.

“Selepas pengesahan daripada pihak berkuasa tentang keselamatan premis, AEON kembali memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kami akan beroperasi semula seperti biasa Khamis (24 Ogos 2023) pada 10 pagi.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan amat menghargai kesabaran dan sokongan berterusan anda,” kata pihak pengurusan AEON Co (M) Bhd melalui hantaran di laman Facebook.

Petang semalam, warga Ipoh dikejutkan dengan ancaman bom di pusat beli belah itu sekali gus menyebabkan ianya terpaksa dikosongkan.

The post Suspek Sengaja Buat Panggilan Palsu Ancaman Bom Di Aeon Klebang Ditahan Polis first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Suspek Sengaja Buat Panggilan Palsu Ancaman Bom Di Aeon Klebang Ditahan Polis

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×