Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Fizi Ali Dan Fafau Ibarat Keluarga Bahagia, Diusik Netizen Untuk Jalin Cinta Bersama

PETALING JAYA – Dua tahun bergelar duda, penyampai radio Hot FM Fizi Ali diusik netizen agar menjalin hubungan cinta dengan rakan sekerja, Fara Fauzana atau mesra disapa Fafau.

Semua itu tercetus gara-gara sekeping foto dimuat naik Fizi Atau Nama Sebenarnya, Mohd. Hafizudin Alimudin bersama wanita bujang terbabit bersama anaknya, Ameena Sofia.

Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah kapsyen disertakan menerusi gambar yang menyaksikan Fizi, Fara dan Ameena ibarat satu keluarga kecil yang bahagia.

“Ameena nak panggil Fafau auntie (mak cik) ke kakak atau mama. Eh, yang mana onz (okey),” coret Fizi bakatnya mula dicungkil menerusi program realiti, Pilih Kasih sekitar 2010.

Menjengah ruangan komen, ramai yang sepertinya merestui perhubungan mereka sekiranya betul-betul itu terjadi suatu hari nanti.

“Afundi (undi) mama. Mama halal terus pun okey.

“Yang ini kami onz (okey) sangat cantik lembut penyayang dan baik.

“Dah macam potret famili,” demikian antara komen berbaur usikan yang diberikan netizen.

Fizi, 34, bergelar duda selepas bercerai dengan bekas isteri yang juga merupakan seorang pelakon, Shakilla Khoriri Disember 2021.

Penyampai radio itu mendirikan rumah tangga dengan Shakila atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 34, pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena, 4. 

Sumber: Kosmo

The post Fizi Ali Dan Fafau Ibarat Keluarga Bahagia, Diusik Netizen Untuk Jalin Cinta Bersama first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Fizi Ali Dan Fafau Ibarat Keluarga Bahagia, Diusik Netizen Untuk Jalin Cinta Bersama

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×