Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Undian TikTok Awards Khairul Aming Cecah 1 Juta, Meninggalkan Boss James, Ceddy Di Belakang

Kuala Lumpur: Selebriti media sosial, Khairul Aming kini mendahului jumlah undian menerusi pencalonannya dalam kategori Creator of the Year di acara Tiktok Awards Malaysia 2023 dengan jumlah undian mencecah satu juta.

Jumlah undian itu sekali gus mendahului pesaing-pesaingnya dalam kategori sama iaitu Boss James, Lawyer Gandhi, Auntie Purple, Ceddy dan Sally Whoo.

Aming ketika ditemui baru-baru ini ditanya mengenai harapannya apabila disebut-sebut bakal ‘menang besar’ di acara anugerah yang julung kali diadakan itu berkata, dia gembira kerana acara ini adalah sebagai tanda penghargaan buat pembina kandungan (content creator).

“Tak mahulah berjanji manis, tapi harap-harap, bolehlah menang nanti. Apabila tercalon pun saya rasa sangat gembira kerana ini adalah acara yang diadakan untuk ‘content creator’ sahaja.

“Sebagai ‘content creator’, saya dah masuk tahun kelapan dan ada anugerah khas, jadi terima kasih kepada pihak TikTok atas penganjuran acara ini,” katanya kepada Harian Metro.

TikTok Awards Malaysia 2023 akan berlangsung pada 27 Ogos ini dan akan disiarkan secara langsung di TV3 serta platform TikTok Malaysia.

Sumber: Harian Metro

The post Undian TikTok Awards Khairul Aming Cecah 1 Juta, Meninggalkan Boss James, Ceddy Di Belakang first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Undian TikTok Awards Khairul Aming Cecah 1 Juta, Meninggalkan Boss James, Ceddy Di Belakang

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×