Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Nahas Pesawat Di Elmina : Baki Sembilan Jenazah Diserah Kepada Waris Hari Ini

KLANG – Baki Sembilan Jenazah nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam, kelmarin akan diserahkan kepada warisnya hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penyerahan semua Jenazah itu akan dilakukan secara berperingkat bermula pukul 9 pagi.

Menurutnya, perkara itu diputuskan selepas padanan dilakukan ke atas semua ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa. 

“Kita telah membuat keputusan dan kenal pasti semua identiti mayat yang diperoleh di lokasi pencarian nahas itu. “Esok pagi kita akan serahkan jenazah bersama pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau menambah, polis akan memaklumkan perkara itu kepada semua waris dan ahli keluarga mangsa.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah untuk diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Lokasi pengebumian jenazah pula akan diaturkan pihak keluarga mangsa,” ujarnya.

Katanya lagi, terdapat prosedur perlu diuruskan wakil waris iaitu perlu membuat laporan polis malam ini.

“Pegawai penyiasat akan menghubungi mereka untuk menjelaskan bagaimana laporan polis dibuat (urusan menuntut jenazah). Ini seterusnya akan memudahkan penyerahan jenazah kepada waris,” jelasnya.

Terdahulu, Hussien memaklumkan proses bedah siasat 10 mangsa nahas pesawat persendirian ringan itu selesai dan memfokuskan kepada padanan ujian DNA.

Urusan bedah siasat yang dijalankan oleh 30 pegawai patologi dan forensik selesai sepenuhnya di Jabatan Forensik HTAR semalam.

Jenazah pertama mangsa melibatkan penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, selesai dituntut keluarganya.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, Sungai Petani, Kedah pukul 3.45 petang semalam.

Nahas itu mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari.

Sumber : Utusan Malaysia

The post Nahas Pesawat Di Elmina : Baki Sembilan Jenazah Diserah Kepada Waris Hari Ini first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Nahas Pesawat Di Elmina : Baki Sembilan Jenazah Diserah Kepada Waris Hari Ini

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×