Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mesej Terakhir Tidak Berbalas, Isteri Pembantu Juruterbang Tidak Sangka Suami Terkorban

PETALING JAYA – Isteri kepada pembantu juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam, berkongsi tangkap layar mesej di WhatsApp yang tidak berbalas.

Melalui tangkap layar itu, Christine Yong menghantar pautan kejadian itu dan bertanyakan keadaan suaminya, Heikal Aras Abdul Azim kira-kira pukul 4.12 petang mengenai kejadian yang berlaku di Elmina.

“You okay? (Awak okay?),” soalnya.

Bagaimanapun, mesej tersebut tidak dibaca oleh Heikal Aras.

Christine berkongsi sebuah video memaparkan tangkap layar tersebut bersama beberapa keping gambar kenangan mereka sekeluarga.

Di ruang kapsyen, Christine turut berterima kasih atas ucapan takziah dan kata-kata semangat yang diberikan buat dirinya dan keluarga.

“Terima kasih atas kata-kata dan doa yang baik. Tolong hentikan sebarang spekulasi kerana perkara ini memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak yang sedang melalui saat sukar.

“Saya akan berkongsi sebarang berita mengenai arwah, buat masa ini mohon semua faham ruang yang kami perlukan terutamanya anak-anak. Dia (Heikal Aras) terbang lebih tinggi sekarang, berehatlah Heikal,” katanya.

Terdahulu, Heikal Aras, 43, yang merupakan pembantu juruterbang disahkan maut bersama seorang lagi juruterbang dan enam penumpang dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina semalam. 

Sumber: Kosmo

The post Mesej Terakhir Tidak Berbalas, Isteri Pembantu Juruterbang Tidak Sangka Suami Terkorban first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Mesej Terakhir Tidak Berbalas, Isteri Pembantu Juruterbang Tidak Sangka Suami Terkorban

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×