Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Datin Shahida Terkejut, Individu ‘Selamba’ Mesej Minta iPhone 14 Pro Max Untuk Berniaga

PETALING JAYA – Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid terkejut apabila menerima mesej daripada seorang individu yang meminta beliau membelikan sebuah telefon pintar iPhone 14 Pro Max buatnya.

Menurut Shahida, alasan individu tersebut mahukan telefon pintar berjenama mewah itu adalah untuk urusan berniaga.

“Belikan saya iPhone 14 Pro Max boleh tak? Saya teringin nak pakai iPhone. Hari itu dah kumpul tapi duit saya hilang. Saya sedih sangat.

“Saya beli iPhone untuk ‘invest’ ke bisnes. Nak sangat buka kedai macam Datuk dan Datin. Semoga Allah permudahkan urusan Datin, dan ini no akaun saya,” kata lelaki itu menerusi tangkap layar perbualan yang dimuat naik Shahida di Instagramnya semalam.

Bagaimanapun, Shahida pada ruang kapsyen hantarannya itu memaklumkan beliau tidak dapat menunaikan permintaan individu terbabit.

“Maaf la ya adik, nak beli iPhone 14 nak minta duit. Saya ini pun telefon bimbit tak bertukar dah lama. Awak sibuk nak minta belikan telefon baharu,” balas Shahida.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan individu tersebut kerana disifatkan sebagai pemalas serta mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.

“Ramai tahu Datuk dan Datin ini pemurah orangnya, selalu membantu. Tapi tak akan la nak minta beli telefon pun kau tak usaha, siap ‘demand’ nak iPhone 14 Pro Max. Lain macam cita rasa kau,” tegur Suhaimi.

“Mudahnya meminta macam itu tanpa rasa malu. Kita yang baca puj malu, usahalah adik, duit tak datang bergolek macam itu. Kalau rasa tak mampu, ukurlah baju di badan sendiri, pakai mana yang mampu. Pesan kakak nak berjaya kena usaha atas kaki sendiri tanpa meminta-minta,” pesan Amoiheaxa. 

Sumber – Kosmo Digital

The post Datin Shahida Terkejut, Individu ‘Selamba’ Mesej Minta iPhone 14 Pro Max Untuk Berniaga first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Datin Shahida Terkejut, Individu ‘Selamba’ Mesej Minta iPhone 14 Pro Max Untuk Berniaga

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×