Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sindiket Penipuan GCM Asia Yang Berselindung Di Sebalik Syarikat Perdagangan Sah Akhirnya Tumpas

SHAH ALAM – Kelicikan Sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berselindung di sebalik Syarikat Perdagangan Sah sejak setahun lalu terbongkar apabila diserbu di USJ 1, Subang Jaya dekat sini, baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.20 tengah hari pada Isnin lalu berjaya menahan 101 suspek termasuk 36 wanita berusia 19 hingga 41 tahun.

Kesemua suspek warga tempatan itu melibatkan mereka yang berperanan sebagai pengurus, pengurus operasi, juruteknik teknologi maklumat dan operator di pusat panggilan tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan siasatan mendapati mereka terlibat dalam pelaburan atas nama GCM Asia yang telah disenaraikan Bank Negara (BNM) sejak dua tahun lalu.

Katanya, sindiket merekrut lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi sebagai operator dengan gaji antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

“Kumpulan ini menyewa dua premis bersebelahan dalam kawasan pusat perniagaan dengan mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan. Selain itu, gaji para pekerjanya dicarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Ini membuatkan mereka kelihatan seperti ‘bersih dengan mempunyai papan nama syarikat yang sah bagi menarik orang ramai melabur kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, sindiket ini menggunakan media sosial dan rangkaian internet dalam mempromosi pelaburan tersebut.

Ujar Hussein, operator yang merupakan barisan pertama diberikan kursus selama dua minggu sebelum menghubungi mangsa melalui nombor telefon yang dibekalkan ketua sindiket.

“Tugas operator ini hanya memberikan penerangan dan menyakinkan mangsa untuk membuat pelaburan dengan mendaftar dalam aplikasi GCM Asia.

“Kemudiannya mangsa akan diserahkan atau disambungkan kepada kumpulan kedua termasuk pengurus bagi membuat pelaburan paling minima adalah USD100 (RM457),” katanya.

Pakej pelaburan ditawarkan seperti kadar pertukaran mata wang asing, emas, minyak dan saham serta dijanjikan pulangan lumayan sehingga 30 peratus dalam tempoh singkat.

Jelas Hussein, sasaran sindiket adalah warga tempatan dengan anggaran kerugian dikesan setakat ini mencecah RM2 juta.

“Semakan mendapati akaun-akaun digunakan sindiket ini pernah digunakan dalam kes penipuan e-dagang dan kerja sambilan termasuk di negeri lain.

“Kita juga percaya keldai akaun tersebut adalah dari mereka yang berhutang dengan kumpulan along,” ujarnya.

Tambah beliau, hasil serbuan turut merampas 94 buah komputer, telefon pejabat (47), telefon bimbit (96) dan masing-masing seunit modem dan router.

Kata Hussien, pihak mempercayai sindiket ini mempunyai rangkaian di luar negara dengan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan dalang utamanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan,” katanya. 

Sumber : Kosmo

The post Sindiket Penipuan GCM Asia Yang Berselindung Di Sebalik Syarikat Perdagangan Sah Akhirnya Tumpas first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Sindiket Penipuan GCM Asia Yang Berselindung Di Sebalik Syarikat Perdagangan Sah Akhirnya Tumpas

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×