Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ibu Mentua Berimej Warak Sihir Menantu, Lumur Darah Haid Di Badan Kerana Tak Restu Perkahwinan

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan ujian berat apabila disihir ibu mentuanya dengan cara dilumur darah haid pada badan gara-gara tidak merestui perkahwinan dengan suaminya.

Akibatnya, wanita tersebut berasa sakit seperti terbakar pada kemaluan selain sering Keluar Air Hitam yang busuk.

Itu kisah diceritakan seorang perawat wanita bagi rawatan alternatif menerusi TikTok nurularsyifaalmustaqim berhubung seorang wanita yang juga pesakitnya.

“Ibu mentua bertopengkan iblis. Alim, imej yang warak bukanlah tiket ke syurga. Satu badannya dilumurkan darah kotor atau haid.

“Itulah salah satu cara mentuanya gunakan ilmu hitam terkutuk untuknya. Perkahwinan yang tak direstui, akhirnya hidupnya merana.

“Kemaluan terasa terbakar. Selalu keluar air hitam yang busuk,” katanya menerusi penerangan video dimuat naik semalam.

Pesakit tersebut menceritakan kepadanya bahawa kisah itu bukan rekaan selain disaksikan bapa mentuanya.

“Ustazah saya bukan reka cerita. Bapa mentua saya saksi ibu mentua hampir setiap hari memuja gambar perkahwinan kami yang dilumurkan dengan darah haid yang busuk,” katanya memetik kata-kata wanita itu.

Dalam pada itu, pemilik TikTok itu meluahkan rasa sedih kerana wujud manusia sekejam itu.

“Allahuakbar, subhanallah kenapa ada sezalim ini di muka bumimu ya Allah,” katanya.

Sumber : Kosmo

The post Ibu Mentua Berimej Warak Sihir Menantu, Lumur Darah Haid Di Badan Kerana Tak Restu Perkahwinan first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Ibu Mentua Berimej Warak Sihir Menantu, Lumur Darah Haid Di Badan Kerana Tak Restu Perkahwinan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×