Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Polis Buru Empat Suspek Kes Samun Kedai Runcit Di Taman Sentosa Tanjung Malim

TANJUNG MALIM – Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki terlibat dengan kejadian samun di sebuah kedai runcit di Taman Sentosa di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian berlaku pada 3.15 pagi di mana kumpulan penjenayah tersebut memecah masuk ke dalam kedai melalui pintu ‘roller shutter’.

Katanya, ketika kejadian, Kesemua Suspek Terlibat memakai sarung tangan dan muka serta bersenjatakan parang.

“Mangsa dalam kejadian ini merupakan pasangan suami isteri warga emas berusia 70 dan 66 tahun. Mangsa yang menyedari kehadiran suspek cuba menjerit namun diugut supaya diam dengan diacukan parang.

“Mangsa telah menyerahkan barangan kemas yang dipakai, wang tunai berjumlah RM2,000 dan sejumlah wang jualan kepada suspek dengan nilai kerugian RM10,000 sebelum mereka melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan kesemua suspek terlibat.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dengan bersenjata.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan atau berhubung dengan Inspektor Raja Nabila Raja Abdul Samad di talian 012-2854320,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

The post Polis Buru Empat Suspek Kes Samun Kedai Runcit Di Taman Sentosa Tanjung Malim first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Polis Buru Empat Suspek Kes Samun Kedai Runcit Di Taman Sentosa Tanjung Malim

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×