Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ibu 2 Anak Maut Selepas Buat Suntikan Besarkan Payudara Oleh Pakar Kecantikan Tidak Bertauliah

JOHOR BAHRU – Seorang wanita meninggal dunia selepas empat hari menjalani suntikan membesarkan payudara yang didakwa dilakukan Oleh Pakar Kecantikan tidak bertauliah di sebuah rumah dua tingkat di Skudai, di sini.

Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun merupakan ibu kepada dua anak dikenali sebagai Chen, meninggal dunia pada pukul 7 pagi Rabu lalu.

Menurut suami mangsa dikenali sebagai Wong, 35, berkata, mangsa dimasukkan ke hospital selepas mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada suntikan pembesaran payu dara asid hyaluronik.

Difahamkan, pada mulanya mangsa merancang untuk menjalani pembedahan ‘menarik benang’ muka mikro untuk menjadikan kulitnya lebih tegang.

Namun ‘pakar kecantikan’ itu memujuk isterinya untuk menjalani prosedur suntikan pembesaran payudara.

Huang mendakwa selepas melakukan pembedahan itu, isterinya mengalami sakit dada. Ketika isterinya cuba membayar perkhidmatan itu, jurusolek itu dilaporkan enggan menerima bayaran tersebut.

“Keesokan harinya (30 Julai), isteri saya masih sangat tidak sihat. Ditemani seorang rakan, dia pergi ke klinik berhampiran untuk konsultasi pada waktu tengah hari. Selepas berunding, doktor membuat kesimpulan bahawa ia disebabkan oleh ubat bius yang berlebihan.

“Sekitar pukul 7 malam, keadaannya tidak pulih. Lukanya masih sakit dan tidak selesa. Dia segera ke hospital swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

“Isteri kemudian dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi 2 Ogos selepas melaporkan bahawa dia tidak boleh berjalan lagi. Dia meninggal pada pukul 7 pagi,” katanya.

Upacara pengebumian dan pembakaran mayat dilakukan pada, kelmarin di Wisma Tiong Hua, Johor Bahru.

Mangsa meninggalkan anak lelaki berusia sembilan dan 12 tahun.

Insiden berkenaan menarik perhatian Doktor Perubatan Estetik, Dr. Lim Ing Kien, yang memberikan penerangan bahaya pembedahan pembesaran payudara.

Dalam penerangan di Instagram miliknya, Dr. Ing Kien berkata, pembedahan seumpama itu adalah bahaya dan prosedur itu tidak pernah mendapat kelulusan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

“Apa-apa suntikan dalam badan perlukan pengetahuan perubatan. Untuk kes wanita ini, rawatan dibuat dirumah dan bukan di klinik. Berhati-hati semasa mendapatkan rawatan pastikan ianya dibuat oleh doktor yang bertauliah, lakukan kajian sebelum membuat keputusan lakukan sebarang prosedur,” katanya. 

Sumber : Kosmo

The post Ibu 2 Anak Maut Selepas Buat Suntikan Besarkan Payudara Oleh Pakar Kecantikan Tidak Bertauliah first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Ibu 2 Anak Maut Selepas Buat Suntikan Besarkan Payudara Oleh Pakar Kecantikan Tidak Bertauliah

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×