Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pelari Somalia Yang Tular Sebenarnya Tawar Diri Untuk Bertanding Kerana Tiada Wakil Lain Untuk Acara Larian

MOGADISHU, Somalia – Pelari Somalia, Nasra Abubakar Ali yang tular selepas berlari sangat perlahan ketika menyertai acara pecut 100 meter, tampil mendedahkan halangan yang dihadapi ketika bersiap sedia untuk perlumbaan itu, lapor laman berita Mothership.

Menurut Nasra, dia nekad menawarkan diri untuk mewakili Somali dalam acara itu memandangkan kategori tersebut gagal menarik minat pelari wanita dari negaranya.

Tambahnya, ramai wanita takut untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan di Somalia.

Bercakap kepada wartawan Somalia, Munasar Maxamed, Nasra berkata, dia tidak cergas dari segi fizikal untuk berlari pantas kerana hanya mempunyai satu bulan untuk latihan.

“Satu bulan tidak pernah cukup untuk membuat persediaan penuh bagi pertandingan perlumbaan 100 meter,” katanya, sambil menambah bahawa sukar untuk bersaing dengan ‘atlet yang berpengalaman dan terlatih’.

Kementerian Belia dan Sukan Somalia serta menteri itu sendiri menyedari penyertaannya dalam acara itu, malah pegawai-pegawai kementerian telah menghantarnya ke lapangan terbang.

“Saya kini menjadi bahan ketawa kerana saya tidak menang. Sekiranya saya menang, mereka (kerajaan) tidak akan pernah menafikan penglibatan saya,” luah Nasra. – Agensi

The post Pelari Somalia Yang Tular Sebenarnya Tawar Diri Untuk Bertanding Kerana Tiada Wakil Lain Untuk Acara Larian first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Pelari Somalia Yang Tular Sebenarnya Tawar Diri Untuk Bertanding Kerana Tiada Wakil Lain Untuk Acara Larian

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×