Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Selebriti YouTube Bunuh Kekasih Dan Kerat 14 Mayatnya Di Sebuah Pulau Di Thailand

BANGKOK, Thailand – Seorang pesohor Youtube dirakam menunggang skuter bersama kekasihnya Beberapa Hari Sebelum mangsa dibunuh di sebuah pulau di Thailand, lapor portal berita MailOnline.

Daniel Sancho Branchalo, 29, didakwa memukul hingga mati pakar bedah plastik Colombia, Edwin Arrietta Arteaga, 44, di Koh Pha Ngnan Rabu minggu lalu.

Anggota badan Arteaga termasuk pinggul dan pahanya telah ditemui penduduk tempatan di tempat pembuangan sampah pada keesokan harinya.

Sancho tiba di Thailand pada 31 Julai lalu sebagai pelancong. Polis mendakwa bahawa dia mengaku membunuh Arteaga selepas bertengkar mengenai ‘seks dan wang’.

Semalam, Sancho hadir ke mahkamah namun polis memohon melanjutkan tempoh penahanannya untuk siasatan. Dia turut membawa polis ke lokasi pembunuhan Aretaga. 

Cef itu mengaku memotong mayat Aretaga kepada 14 bahagian, membuangnya ke dalam laut dan tempat lain di sekitar pulau itu sebelum memfailkan aduan kehilangan mangsa.

Dia ditahan sejurus selepas cebisan mayat Arteaga ditemui di tapak pelupusan sampah di Koh Pha Ngan. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan Sancho dan Arteaga menaiki motosikal bersama beberapa hari sebelum mayat mangsa ditemui.

Polis Thailand berkata, siasatan sedang dijalankan manakala pihak berkuasa meneruskan usaha mencari saki baki mayat mangsa. – AGENSI 

The post Selebriti YouTube Bunuh Kekasih Dan Kerat 14 Mayatnya Di Sebuah Pulau Di Thailand first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Selebriti YouTube Bunuh Kekasih Dan Kerat 14 Mayatnya Di Sebuah Pulau Di Thailand

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×