Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sarjan Polis Terima Suapan Bocorkan Maklumat Operasi Dadah Dipenjara

KUALA TERENGGANU – Gara-gara menerima suapan untuk membocorkan operasi serbuan kes dadah, seorang anggota polis berpangkat sarjan dipenjara selama 272 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Izzham Halim, 36, menghadapi 34 pertuduhan berjumlah keseluruhan RM12,500 yang didakwa dilakukan selama tiga tahun sejak tahun 2019.

Hakim Mohd. Azhar Othman memutuskan demikian selepas Mohd. Izzham yang bekerja di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman mengaku salah terhadap kesemua pertuduhan pilihan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau memerintahkan hukuman lapan bulan penjara bagi setiap 34 pertuduhan tersebut berjalan serentak.

Berdasarkan pertuduhan, dia dituduh menerima RM50 hingga RM3,200 dalam 34 transaksi melalui akaun bank daripada seorang individu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk menyalurkan maklumat operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kemaman antara 26 Disember 2019 hingga 10 Mac tahun lalu.

Mohd. Izzham Didakwa Mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh dan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Raihan Mohd. Yusof manakala tertuduh diwakili peguam, Nurul Najmi Adila Md. Nasir. 

Sumber : Kosmo

The post Sarjan Polis Terima Suapan Bocorkan Maklumat Operasi Dadah Dipenjara first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Sarjan Polis Terima Suapan Bocorkan Maklumat Operasi Dadah Dipenjara

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×