Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Suami Pukul Isteri Sampai Mati Julai Lalu Kini Didakwa

KAJANG – Seorang suami yang menjadi buruan polis selepas memukul isterinya sehingga mati akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohamed Imran Mohamed Yunos, 32, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Imran yang juga ahli perniagaan itu didakwa membunuh Azween Noor Alias, 38, di sebuah unit rumah pangsapuri di Jalan Sutera Pines di sini antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 22 Julai Lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala tertuduh diwakili peguam P. Gunalan.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 September ini bagi sebutan semula kes sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 1 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya pada Julai lalu dengan Objek Tumpul Sehingga meninggal dunia akhirnya ditahan ketika menyembunyikan diri suatu kawasan di Johor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang berusia 32 tahun itu disyaki berada di sana bagi menyembunyikan diri dari pihak berkuasa.

Terdahulu, Kosmo! turut melaporkan seorang lelaki diburu selepas disyaki memukul isterinya dengan objek tumpul Sehingga Meninggal Dunia di sebuah pangsapuri, di Sungai Long, di sini pada 21 Julai lalu.

Ekoran kejadian itu, mangsa yang lebam di seluruh anggota badan dan tidak sedarkan diri telah dihantar suspek ke hospital swasta sebelum melarikan diri.

Hasil bedah siasat terhadap mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di keseluruhan badan manakala pakar patalogi mengesahkan punca kematian adalah akibat dipukul objek tumpul sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman yang serius. 

Sumber : Kosmo

The post Suami Pukul Isteri Sampai Mati Julai Lalu Kini Didakwa first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Suami Pukul Isteri Sampai Mati Julai Lalu Kini Didakwa

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×