Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Dasar Gaji Progresif, Anjakan Pemulihan Pasaran Pekerja – PM

KUALA LUMPUR – Dasar Gaji Progresif  dilihat sebagai anjakan ke arah memulihkan pasaran Pekerja agar gaji pekerja dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten dengan pengagihan lebih seimbang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata Model dasar ini diusulkan setelah Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara MTEN mengambil kira pandangan dan kepentingan pihak majikan dan pekerja.

“Dasar ini, yang merupakan pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum, akan disusuli dengan garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan, dan peringkat.

“Langkah selanjutnya adalah sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak berkepentingan, terutamanya para pemain industri, perniagaan dan pekerja,”katanya.

Perkara ini juga katanya akan dibawa ke Jemaah Menteri  bagi memperhalusi mekanisma pelaksanaan secara berperingkat dan meneroka keperluan untuk memperuntukkan dana sebagai insentif yang akan ditentukan berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan dan keperluan dasar.

Perdana Menteri berkata, MTEN berpandangan bahawa Dasar Gaji Progresif merupakan salah satu reformasi pasaran pekerja untuk memastikan pekerja Malaysia tidak dibebankan dengan kos sara hidup dan dapat menikmati pekerjaan dengan gaji yang bermaruah, demi kesejahteraan rakyat dan mencapai agenda mengangkat ekonomi Negara.

MTEN berpandangan Dasar Gaji Progresif merupakan salah satu reformasi pasaran pekerja untuk memastikan pekerja Malaysia tidak dibebankan dengan kos sara hidup dan dapat menikmati pekerjaan dengan gaji yang bermaruah, demi kesejahteraan rakyat dan mencapai agenda mengangkat ekonomi negara.

Sesi libat urus dan tinjauan awal telah menunjukkan sebanyak 62% pekerja dan 80% syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif dengan ciri-ciri yang dinyatakan, dan MTEN berharap dasar ini akan menerima sambutan dan penyertaan sebanyak syarikat dan pekerja.

Menerusi kenyataan sama, Perdana Menteri berkata, berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023 yang dibentangkan pada minggu lepas, lebih 2 juta pekerja Malaysia masih berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Situasi tersebut lebih membimbangkan buat golongan muda antara umur 20-24 tahun di mana gaji penengah mereka hanyalah RM1,682 sebulan.

Bagi kebanyakan pekerja Malaysia, gaji hanya akan meningkat kepada RM3,500 pada paras tertinggi sekitar umur 40-49 tahun sepanjang kerjaya mereka.

The post Dasar Gaji Progresif, Anjakan Pemulihan Pasaran Pekerja – PM first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Dasar Gaji Progresif, Anjakan Pemulihan Pasaran Pekerja – PM

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×