Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tiga Beranak Maut, Kereta Dihempap Pokok

KOTA BHARU – Tiga Beranak Maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok semasa melalui laluan di Jalan Machang-Kota Bharu dekat Kok Lanas di sini hari ini.

Kejadian berhampiran Kem Desa Pahlawan itu berlaku kira-kira pukul 8.04 malam semasa kereta jenis Nissan Sentra yang dinaiki keluarga itu sedang dalam perjalanan dari arah Machang ke Kota Bharu.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Ketereh, Mohd. Roslan Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.09 malam dan sebuah jentera keluar dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi itu, terdapat dua buah kereta iaitu kereta jenis Honda City dan Nissan Sentra dihempap sebatang pokok besar semasa hujan.

“Pemeriksaan mendapati, lima mangsa iaitu tiga lelaki dan dua wanita berada di dalam kereta Honda City itu.

“Sebuah lagi kereta dinaiki lima mangsa dan tiga daripada mereka ditemui meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

Menurutnya, siasatan di dalam kereta jenis Nissam Sentra mendapati, seorang kanak-kanak dipangku ibunya berada di tempat duduk depan dan pokok tersebut tumbang di bahagian depan kereta terbabit.

Katanya, operasi menyelamat mangsa dan membersih lokasi kejadian tamat kira-kira pukul 11.30 tadi.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Bukit Cina yang dikenali Sabri, 58, berkata, tiga mangsa yang maut terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak yang merupakan anak mereka.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa parah akibat tersepit di dalam sebuah kereta.

“Kesemua mangsa dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat. Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Machang untuk pulang ke rumahnya di Kubang Kiat, Ketereh.

“Mangsa yang memandu kereta itu dikatakan bertugas di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Sumber : Kosmo

The post Tiga Beranak Maut, Kereta Dihempap Pokok first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Tiga Beranak Maut, Kereta Dihempap Pokok

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×