Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengawal Keselamatan Diseret Enam Meter Sebelum Dipijak Gajah

GUA MUSANG – Seorang pengawal keselamatan yang maut di sebuah Ladang Kelapa Sawit di Tanah Tinggi Lojing di sini kelmarin dipercayai diseret sejauh lebih enam meter oleh seekor Gajah sebelum dipijak haiwan liar itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati, mangsa, Mohd. Marzuki Mohd. Nawi, 42, diseret oleh gajah terbabit dari lokasi motosikalnya terbabas.

Menurutnya, selain itu, mangsa juga disyaki diserang oleh dua ekor gajah liar berdasarkan penemuan kesan tapak kaki gajah bersaiz antara 30 hingga 35 sentimeter.

“Selain itu, terdapat kesan gajah memakan daun pokok kelapa sawit di kawasan itu. Seramai lima anggota Perhilitan Daerah Gua Musang tiba di lokasi kejadian bersama Pegawai Penyiasat Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

“Siasatan mendapati, kawasan kejadian juga tidak mempunyai Sistem Pagar Elektrik Gajah dan tiada Parit Penghalang Gajah sehingga menyebabkan gajah liar dari Hutan Simpan Brooke sering menceroboh kawasan ladang,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, gajah yang menyerang mangsa terdiri daripada kumpulan ID Brooke yang mempunyai populasi dianggarkan sebanyak 30 ekor.

“Semakan rekod aduan Konflik Hidupan Liar di daerah ini mendapat, tiada rekod aduan gangguan gajah liar di kawasan kejadian iaitu Ladang Hebat Subur Sdn. Bhd. Lojing.

“Sehubungan itu, pekerja ladang dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kegembiraan seorang pengawal keselamatan untuk memancing ikan di sebuah sungai bersama rakannya bertukar tragedi apabila dia maut dipijak seekor gajah liar di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Tinggi Lojing di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Mohd. Marzuki meninggal dunia semasa dirawat di Klinik Kesihatan Pos Brooke di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama seorang rakannya masing-masing menunggang motosikal dan mereka sedang dalam perjalanan ke sebatang sungai di kawasan ladang kelapa sawit untuk memancing ikan.

Sumber : Kosmo

The post Pengawal Keselamatan Diseret Enam Meter Sebelum Dipijak Gajah first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Pengawal Keselamatan Diseret Enam Meter Sebelum Dipijak Gajah

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×