Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tukang Cat, Mekanik Didenda RM4,000 Pukul Lelaki Guna Batang Aluminium

IPOH – Dua lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memukul seorang lelaki Menggunakan Batang Aluminium, minggu lalu.

Tertuduh, Helmi Zaharuddin, 43, dan Aslam Suliman, 28, juga berdepan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal Membayar Denda Berkenaan.

Hukuman itu dikenakan ke atas mereka selepas membuat pengakuan bersalah di atas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka secara bersama dengan seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas K. Gopal, 34, di bahagian kepala dengan menggunakan batang aluminium.

Perbuatan itu dilakukan kedua-dua tertuduh di tepi jalan Batu 8, Jalan Tanjung Rambutan-Tambun pada pukul 5.30 petang, 27 Julai 2023.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Norzam manakala Helmi dan Aslam yang masing-masing bekerja sebagai tukang cat motosikal dan mekanik diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), G. Harbhajan Singh.

Terdahulu, Nabilah memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran namun Harbhajan yang mewakili anak guamnya memohon mahkamah mengenakan hukuman denda minimum memandangkan kes itu merupakan kesalahan pertama selain telah insaf dengan perbuatan tersebut.

Kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan.

Sementara itu, dalam prosiding di mahkamah sama, Aslam dijatuhi hukuman denda RM1,800 atau tiga bulan penjara atas pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badan, tahun lalu.

Media Sabtu lalu melaporkan, lima lelaki diburu polis berikutan penularan video berdurasi 16 saat yang memaparkan aksi pergaduhan sekumpulan lelaki di atas jalan menggunakan senjata dipercayai rotan. 

Sumber : Kosmo

The post Tukang Cat, Mekanik Didenda RM4,000 Pukul Lelaki Guna Batang Aluminium first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Tukang Cat, Mekanik Didenda RM4,000 Pukul Lelaki Guna Batang Aluminium

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×