Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Budak 4 Tahun Kelaparan, Badan Penuh Kesan Luka; Ibu Dan Teman Lelakinya Ditahan

IPOH – Seorang wanita dan Teman Lelakinya Ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak kanak di pangsapuri Taman Menglembu Impiana Adril, Ipoh.

Mangsa, seorang kanak kanak lelaki berusia 4 tahun dan merupakan anak kepada wanita berkenaan. 

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan memaklumkan, tangkapan tersebut hasil dari maklumat yang diterima oleh orang awam yang tinggal di sekitar kawasan itu. 

Jelas beliau, mangsa ditemui yang ditinggalkan bersendirian dan dipenuhi kesan luka seluruh badan itu, kemudian diselamatkan polis, selepas menerima laporan daripada orang awam.

“Mangsa ditemukan oleh orang awam dalam keadaan kelaparan dan terdapat kesan kecederaan di seluruh badan,”katanya dalam kenyataan tersebut.

Polis kemudiannya bertindak menahan seorang lelaki dan wanita berusia 25 dan 23 tahun di rumah yang sama, kira-kira pukul 7.00 malam hari yang sama.

Pihak polis turut merampas paip getah dan rotan yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa. 

Hasil saringan air kencing mendapati, teman lelaki wanita itu dipercayai positif dadah jenis methamphetamine. 

“Lelaki yang merupakan pengutip kotak dan wanita yang bekerja sebagai tukang cuci itu, suspek direman selama lima bermula hari ini hingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut.

“Mangsa telah ditahan wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan dan permerhatian,” katanya.

Yahaya berkata polis sedang melengkapkan siasatan kes dan akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak Kanak 2001.

The post Budak 4 Tahun Kelaparan, Badan Penuh Kesan Luka; Ibu Dan Teman Lelakinya Ditahan first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Budak 4 Tahun Kelaparan, Badan Penuh Kesan Luka; Ibu Dan Teman Lelakinya Ditahan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×