Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Dua Wanita Rugi RM1.1 Juta Ditipu Pelaburan Emas TikTok

SEREMBAN – Dua wanita mengalami kerugian hampir RM1.1 juta selepas menjadi Mangsa penipuan pelaburan emas menerusi media sosial TikTok dan pelaburan yang diperkenalkan oleh saudaranya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihak polis menerima dua laporan polis melibatkan kes penipuan pelaburan itu kelmarin (1 Ogos 2023) oleh mangsa sendiri di Balai Polis Bahau, Jempol dan Balai Polis Paroi, Seremban.

Menurut Ahmad Dzaffir, kes pertama melibatkan seorang wanita pekerja swasta berusia 44 tahun yang mengalami kerugian lebih RM621,800 Selepas Menjadi Mangsa penipuan pelaburan emas di TikTok akibat terpedaya dengan pulangan lumayan dalam mata wang nilai USD yang dijanjikan.

“Pada 16 Mac 2023, semasa mangsa melayari TikTok telah melihat laman profil yang menawarkan pelaburan emas dan kemudian telah mesej penama di Tik Tok.

“Penama telah berikan kepada mangsa laman web igoldhk.com dan beberapa nombor akaun bank dan meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun tersebut,” katanya kepada pihak media, di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa telah membuat 27 kali transaksi kemasukan wang berjumlah RM621,800 tetapi hanya mendapat keuntungan sebanyak RM20,000 dan tidak mendapat apa-apa selepas itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi kes kedua mangsa seorang wanita warga emas berusia 63 tahun mengalami kerugian RM500,000 selepas menjadi mangsa syarikat pelaburan yang diperkenalkan saudaranya.

“Syarikat pelaburan itu beralamat di Kuala Lumpur dan mangsa bersetuju untuk menyertai pelaburan selepas dijanjikan keuntungan antara 15 hingga 17 peratus sebulan selama tiga tahun.

“Mangsa bersetuju dan telah menyerahkan pembayaran RM500,000. Pada bulan berikutnya, mangsa ada menerima keuntungan sebanyak RM6,250 setiap bulan yang dimasukkan ke dalam akaun bank mangsa selama enam bulan bermula Julai 2020 hingga Disember 2020 berjumlah RM37,500,” katanya.

Jelas Ahmad Dzaffir, bagaimanapun selepas tarikh itu sehingga laporan polis dibuat mangsa tidak menerima lagi keuntungan daripada syarikat berkenaan dan mendapati syarikat itu telah ditutup.

“Siasatan kedua-dua kes sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu sehingga mendorong mangsa menyerahkan hartanya,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati apabila memilih untuk membuat pelaburan.

“Ini terutama melibatkan pelaburan atas talian, pembayaran ke akaun individu dan juga menjanjikan pulangan tinggi.

“Sila semak dengan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti bagi mengesahkan kesahihan sesebuah syarikat yang menawarkan pelaburan,” katanya.

Sumber : Kosmo

The post Dua Wanita Rugi RM1.1 Juta Ditipu Pelaburan Emas TikTok first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Dua Wanita Rugi RM1.1 Juta Ditipu Pelaburan Emas TikTok

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×