Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wanita Maut Dilanggar Myvi, Terjatuh Dari Motor Cuba Elak Bangkai Anjing

MELAKA – Seorang wanita maut selepas terjatuh dari motosikal ditunggang sebelum dilanggar sebuah kereta gara-gara cuba mengelak Bangkai Seekor Anjing di Jalan Tun Fatimah, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Nur Eliya Ezzatul Rabu, 24, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, ketika kemalangan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz dalam perjalanan dari arah Bukit Rambai menuju ke tempat kerjanya di Batu Berendam.

“Setiba di lokasi motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan ketika cuba mengelak bangkai seekor anjing yang berada di tengah jalan.

“Mangsa yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang telah terjatuh lalu dilanggar sebuah Perodua Myvi dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan, di sini hari ini.

Ujarnya, akibat kemalangan itu mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati ketika nahas berlaku jalan berada dalam keadaan basah kerana hujan dan laluan adalah satu lorong dua arah.

“Pihak polis kini sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada Myvi terlibat bagi membantu siasatan,”katanya.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes didakwa mengiku Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber : Kosmo

The post Wanita Maut Dilanggar Myvi, Terjatuh Dari Motor Cuba Elak Bangkai Anjing first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Wanita Maut Dilanggar Myvi, Terjatuh Dari Motor Cuba Elak Bangkai Anjing

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×