Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Fitnah Ceramah Politik Di Masjid; Mohon Maaf, Atau Berdepan Saman – Fahmi

SHAH ALAM – Dua individu yang melontarkan fitnah kononnya Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang baru-baru ini diberi tempoh 24 jam untuk tampil memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan atau bakal berdepan tindakan saman.

Fahmi berkata, notis tuntutan telah dihantar oleh peguamnya kepada penceramah bebas Ahmad Dusuki Abdul Rani dan pentadbir laman Facebook ‘N13 Kuang’ kelmarin.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu berkata, notis tersebut adalah bagi membersihkan namanya daripada tuduhan mengadakan ceramah di masjid sedangkan beliau hanya menjelaskan tindakan mengharamkan kumpulan muzik The 1975 seperti diminta oleh ahli jawatankuasa masjid ketika singgah solat di situ.

“Masa itu ada orang tangkap gambar dan tulis saya ceramah tanpa tauliah, berpolitik dan kempen di dalam masjid sedangkan ia bukan begitu.

“Alhamdulillah, petang tadi (semalam) Ketua Polis Selangor mengumumkan setelah 22 saksi disiasat, beliau kata saya, Fahmi Fadzil, tidak bersalah,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan sempena Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Selangor Ke-15 di Sungai Kandis malam tadi.

Katanya, notis itu antara lain adalah bagi menunjukkan bahawa perbuatan memfitnah tidak boleh sama sekali dikompromi terutama dalam kehangatan kempen Pilihan Raya Enam Negeri yang sedang berlangsung.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Fahmi yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad lepas.

The post Fitnah Ceramah Politik Di Masjid; Mohon Maaf, Atau Berdepan Saman – Fahmi first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Fitnah Ceramah Politik Di Masjid; Mohon Maaf, Atau Berdepan Saman – Fahmi

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×