Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Suami Isteri Di India Ditahan Kerana Menjual Bayi Mereka Demi Membeli IPhone 14

NEW DELHI – Sepasang suami isteri di Bengal Barat, India Ditahan Kerana menjual bayi lelaki mereka berusia lapan bulan demi membeli telefon pintar iPhone 14 untuk merakam video ketika melancong.

Media tempatan melaporkan, Pasangan Itu terlalu taksub dengan model terbaharu Apple sehingga sanggup menjual anak kecil mereka untuk mendapatkan peranti itu.

Tingkah laku Jaydev Dan Sathi Ghosh menarik perhatian jiran mereka yang menetap di North 24 Parganas apabila pasangan itu membeli iPhone 14 dan pergi melancong untuk merakam video.

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan mengalami masalah kewangan untuk menjalani kehidupan.

“Jadi, perubahan drastik itu menyebabkan jiran pasangan itu mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

“Malah, mereka mula curiga selepas menyedari kehilangan bayi pasangan itu secara misteri namun Jaydev dan Sathi tidak menunjukkan rasa bimbang,” jelas laporan itu.

Jiran pasangan itu melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kehilangan anak kecil tersebut selepas gagal mendapat penjelasan sebenar daripada Jaydev dan Sathi.

Ketika siasatan polis, Sathi mengaku menjual bayinya kepada seorang wanita agar dia dan suaminya boleh membeli iPhone 14 dan merakam video melancong sekitar Bengal untuk dimuat naik dalam laman Instagram.

Polis berjaya menyelamatkan bayi itu daripada seorang wanita dikenali sebagai Priyanka Ghosh yang tinggal di kawasan Khardah.

Sumber : Kosmo

The post Suami Isteri Di India Ditahan Kerana Menjual Bayi Mereka Demi Membeli IPhone 14 first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Suami Isteri Di India Ditahan Kerana Menjual Bayi Mereka Demi Membeli IPhone 14

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×