Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Terjatuh Ketika Memotong, Penunggang Maut Dilanggar Kereta

KLUANG – Akibat Terjatuh Ketika Memotong sebuah kenderaan, seorang penunggang maut apabila dilanggar sebuah kereta di Kilometer 6, Jalan Kluang-Nyior, dekat sini pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pada pukul 7.55 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 ditunggang oleh Mohamad Nazierul, 24, sebuah kereta Perodua Axia dipandu oleh Li Kim Hock, 57, dan sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti. 

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang datang dari arah Nyior ke bandar Kluang, Manakala Kim Hock dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa dikatakan memotong sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti, namun hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan. 

“Pada masa sama, kereta Perodua Axia yang dipandu Kim Hock berada terlalu hampir, menyebabkannya tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu berlaku perlanggaran,” katanya ditemui, di sini.

Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Kim Hock tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Sumber : Utusan Malaysia

The post Terjatuh Ketika Memotong, Penunggang Maut Dilanggar Kereta first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Terjatuh Ketika Memotong, Penunggang Maut Dilanggar Kereta

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×