Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Dua Lelaki Maut Selepas Motosikal Masing-Masing Bertembung

Parit – Dua lelaki Maut Selepas Motosikal masing-masing ditunggang mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 19 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja dekat sini, 7 malam semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan itu membabitkan warga emas berumur 64 tahun yang menunggang Honda Dash dari arah Tanjung Belanja dan dia hendak pulang ke rumahnya di Kampung Tua, di sini.

Beliau berkata, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun pula menunggang Yamaha 135 LC datang dari arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati, setibanya di lokasi kejadian iaitu simpang rumah, penunggang Honda Dash tiba-tiba membelok ke kanan, menyebabkan penunggang motosikal Yamaha 135 LC yang bergerak lurus tidak sempat membrek lalu melanggar motosikal dinaiki warga emas berkenaan.

“Akibatnya, kedua-dua penunggang motosikal parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bedah siasat akan dijalankan pada pagi ini di Hospital Changkat Melintang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro

The post Dua Lelaki Maut Selepas Motosikal Masing-Masing Bertembung first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Dua Lelaki Maut Selepas Motosikal Masing-Masing Bertembung

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×