Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lelaki Terkejut Jumpa Benda Pelik Ketika Di Laut, Botol Berbalut Kain Hitam Dan Disyaki Barang Sihir

PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut apabila menjumpai dua biji botol yang dibaluti kain hitam ketika berada di tepi laut.

Menurut pengguna Facebook, Fitri Izani Darwis Izani, apa yang lebih mengejutkan, terdapat beberapa keping gambar seorang individu di dalam botol tersebut disyaki untuk kegunaan sihir.

“Saya berada di PD (Port Dickson) sekarang (kelmarin). Saya Tak Tahu Kenapa macam ada something (sesuatu) yang ‘menarik’ saya untuk turun ke laut, sedangkan hari tengah hujan dan kilat.

“Kemudian saya terjumpa dua benda ini. Salah satunya saya dah buka dan jangan tanya kenapa saya buka sebab saya sendiri tak ada jawapan.

“Astaghfirullah, aku tak tahu kenapa tangan aku gatal sangat nak buka benda ini. Aku memang ada dapat rasa benda-benda (syirik) macam ini,” kongsinya dalam satu hantaran baru-baru ini.

Katanya, dia sendiri tidak tahu apa tindakan yang perlu dilakukan dan bertindak meninggalkan barang-barang tersebut di sebuah pondok berdekatan kawasan laut berkenan.

“Apa patut saya buat? Lagi satu botol saya tak bukak pun. Saya hanya tinggalkan dekat pondok itu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna Facebook yang lain meninggalkan pelbagai reaksi berhubung perkongsian lelaki itu.

Dalam pada itu, beberapa pengguna cuba menjejaki individu yang terdapat pada gambar tersebut.

“Nama yang tertera dalam video sebiji nama yang ada dalam Facebook. Boleh search (cari), ‘cover photo’ Facebook pun sama macam dalam video. Tapi Facebook dia nampak macam dah tak aktif,” kongsi Khairul Ahmad Fitri Suhaimi.

“Harap ada yang sampaikan perkara ini kepada individu dalam gambar itu. Ya Allah, jauhilah kami semua dari perbuatan sihir, hasad dengki manusia,” kata Azzahra Audilia.

Sumber : Kosmo

The post Lelaki Terkejut Jumpa Benda Pelik Ketika Di Laut, Botol Berbalut Kain Hitam Dan Disyaki Barang Sihir first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Lelaki Terkejut Jumpa Benda Pelik Ketika Di Laut, Botol Berbalut Kain Hitam Dan Disyaki Barang Sihir

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×