Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tukang Cuci Restoran Terjatuh Tingkat 29 Bangunan

PETALING JAYA – Seorang pekerja tukang cuci ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas terjatuh dari tingkat 29 bangunan perniagaan di Bandar Utama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, mayat lelaki warga asing berusia 43 tahun itu ditemui orang awam yang berada di lokasi.

“Anggota Balai Polis Damansara bertindak ke lokasi untuk pemeriksaan sejurus menerima panggilan mengenai kejadian.

“Pemeriksaan mendapati terdapat satu mayat lelaki terbaring di bahagian tepi bangunan dalam keadaan kepala terputus daripada badan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Mohamad Fakhrudin, siasatan awal mendapati lelaki tersebut bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran di tingkat 29 bangunan berkenaan.

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mangsa kelihatan berada di balkoni pada pukul 2.46 petang sebelum kelibatnya tidak kelihatan lagi dipercayai terjatuh dari balkoni itu.

“Mayat lelaki terbabit dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta individu yang melihat atau berada di lokasi kejadian menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Fatin Afifa Shahpri di talian 013-7353589 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. 

Sumber : Kosmo

The post Tukang Cuci Restoran Terjatuh Tingkat 29 Bangunan first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Tukang Cuci Restoran Terjatuh Tingkat 29 Bangunan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×