Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Shuib Akhirnya Bertemu Miza, Kanak-Kanak Wajah Mirip Siti Sarah

Kuala Lumpur : “Ibuuuuuu,”. Perkataan itu muncul dari mulut pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu ketika pertama kali dipertemukan dengan kanak-kanak, dikenali sebagai Miza, yang wajahnya mirip penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Panggilan itu juga adalah panggilan yang biasa digunakan Shuib untuk memanggil Sarah.

Dalam hantaran video yang dimuat naik ibu tiri Sarah, Siti Fatimah di Instagram, Shuib kelihatan teruja dan tidak lepas pandang serta mengambil gambar kanak-kanak itu.

Dalam hantaran sama, Siti Fatimah atau Mak Der berkongsi rasa bahagia kerana dapat bertemu dengan keluarga Miza.

“Alhamdulillah, terlalu besar rezeki ini. Dapat berjumpa lagi. Kali ini, bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan,” tulisnya.

Miza juga turut beramah mesra bersama keluarga Shuib termasuklah anak-anaknya, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan, 2 tahun.

Sumber : Harian Metro

The post Shuib Akhirnya Bertemu Miza, Kanak-Kanak Wajah Mirip Siti Sarah first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Shuib Akhirnya Bertemu Miza, Kanak-Kanak Wajah Mirip Siti Sarah

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×