Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Remaja Tingkatan 2 Didakwa Bunuh Adik

Seorang pelajar Tingkatan Dua didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tuduhan membunuh adiknya di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di Melaka, awal bulan ini.

Tertuduh yang memakai baju-t biru dan berseluar sukan hanya menunduk dan kelihatan tidak memahami sejurus dibacakan pertuduhan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman dengan kehadiran ibu bapanya.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada juvana berusia 14 itu.

Mengikut pertuduhan dia didakwa menyebabkan kematian adiknya berusia sembilan tahun, di sebuah rumah di Jalan Bukit Piatu, Kampung Bukit Piatu, di sini, pada 5 Julai lalu, antara jam 11.30 pagi hingga 12.35 tengah hari.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika disabitkan membawa hukuman mati.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihantar menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor Bahru, Johor.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 Ogos depan.

Dalam kejadian 5 Julai lalu, seorang kanak-kanak lelaki mati selepas dipercayai dicekik abangnya.

Kejadian disedari ibu mereka yang terlihat perbuatan suspek melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya sebelum menghubungi jiran untuk membantu memeriksa keadaan anaknya.

Mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.

Ketika kejadian, suspek yang juga anak sulung daripada empat beradik hanya tinggal berdua bersama adiknya itu, manakala ibu bapa mereka keluar bekerja.

Sumber : Berita Harian

The post Remaja Tingkatan 2 Didakwa Bunuh Adik first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Remaja Tingkatan 2 Didakwa Bunuh Adik

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×