Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sorok Dadah Bernilai RM14.4 Juta Dalam Bungkusan Pencuci Pakaian

Helah sindiket yang menyembunyikan pelbagai jenis Dadah bernilai RM14.4 juta dalam bungkusan pencuci pakaian terbongkar apabila polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan dalam empat serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata, serbuan bermula pukul 1.40 pagi hingga 12.30 tengah hari dijalankan di sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan Klang.

“Hasil serbuan yang dijalankan, JSJN berjaya merampas dadah bernilai RM14.4 juta iaitu 56 kilogram (kg) syabu, ketamin (20kg) dan ekstasi (154.3kg).

“Kita juga telah menyita aset sindiket iaitu kereta BMW, Lexus, Perodua Bezza, Toyota Vios, barang kemas serta wang tunai yang dianggarkan bernilai RM389,166. Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan harta berjumlah RM14.77 juta,” ujarnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, pihaknya berjaya menahan tiga suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 32 tahun hingga 61 tahun yang berperanan sebagai koordinator, penjaga stor dan pembekal.

“Modus operandi yang digunakan adalah menjadikan premis kediaman dan rumah kedai sebagai tempat menyimpan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.

“Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak awal tahun ini dan bekalan dadah yang dirampas dipercayai diseludup masuk dari negara jiran dengan menggunakan jalan darat.

“Dadah yang diseludup dari negara jiran itu akan diisi ke dalam bungkusan sabun pencuci pakaian seterusnya mereka menggunakan syarikat logistik untuk diedarkan bagi pasaran tempatan,” jelasnya.

Beliau berkata, saringan awal polis terhadap suspek mendapati ketiga-ketiga suspek negatif dadah manakala salah seorang suspek mempunyai rekod lampau bagi kes jenayah dan dadah.

“Suspek telah direman selama tujuh hari bermula Jumaat (14 Julai) hingga Khamis ini bagi membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta,” katanya.

Menurut Kamaruddin, operasi ini juga telah berjaya menumpaskan penyeludupan dan pengeluaran dadah pasaran tempatan termasuk Sabah dan Sarawak.

“JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki sindiket untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku, sila hubungi Hotline JSJN di talian 012-2087222,” tambahnya. 

Sumber : Kosmo

The post Sorok Dadah Bernilai RM14.4 Juta Dalam Bungkusan Pencuci Pakaian first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Sorok Dadah Bernilai RM14.4 Juta Dalam Bungkusan Pencuci Pakaian

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×