Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kes Pecah Tabung Masjid : Polis Giat Kesan Suspek

Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian Pecah Tabung Masjid Kariah Bagan Pinang di sini selepas gambar kes tersebut tular di media sosial semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pada pukul 2 petang semalam, pihaknya terkesan empat imej dimuat naik oleh pemilik sebuah akaun Facebook memaparkan seorang individu cuba memecah tabung di sebuah masjid.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada Jumaat lalu di Masjid Kariah Bagan Pinang, Port Dickson. Hal ini disedari oleh jemaah masjid sekitar pukul 5.40 pagi ketika ingin menunaikan solat Subuh.

“Jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM500 dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, sehubungan itu, polis kini sedang giat menjalankan risikan dalam usaha mengesan suspek terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Muhammad Ihsan Abd Samad di talian 06-647 2222 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian (06-646 2999),” katanya.

Difahamkan, gambar imej yang dimuat naik di Facebook yang tular dipercayai imej yang diambil daripada rakaman kamera televisyen tertutup (CCTV) masjid tersebut.

Sumber : Kosmo

The post Kes Pecah Tabung Masjid : Polis Giat Kesan Suspek first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Kes Pecah Tabung Masjid : Polis Giat Kesan Suspek

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×