Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lelaki Ditahan Dalam Serbuan Dadah Didakwa Miliki Pistol Tanpa Permit

Seorang lelaki yang ditahan dalam serbuan dadah jenis pil kuda didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki pistol tanpa kebenaran di sebuah rumah Kampung Tok Ku, Sering, dekat Kota Bharu pada minggu lalu.

Tertuduh, Nik Ahmad Syazwan Mohd. Jali, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata api berbahaya iaitu sepucuk pistol bertulisan .38 S&W Special CTG Made In USA, Marcas Registradas Smith & Wesson Springfield Mass tanpa maksud yang sah atau mempunyai kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa.

Perbuatan itu dilakukan olehnya kira-kira pukul 11.10 pagi pada 3 Julai lalu serta didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan enam sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan berat dan tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan semula kes, lantikan peguam dan serahan dokumen.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran sebanyak 5,770 biji pil kuda bernilai RM63,470 dicekup selepas kereta yang dinaiki mereka ditahan di Kampung Sering, Tok Ku, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis kemudiaannya menjalankan serbuan di rumah suspek di kampung yang sama sebelum menjumpai sebahagian lagi dadah.

“Pemeriksaan di bahagian dinding konkrit di halaman rumah suspek kemudiannya menemui sepucuk Revolver 38 S&W Special CTG yang ditanam dalam tanah,” katanya.

Sumber : Kosmo

The post Lelaki Ditahan Dalam Serbuan Dadah Didakwa Miliki Pistol Tanpa Permit first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Lelaki Ditahan Dalam Serbuan Dadah Didakwa Miliki Pistol Tanpa Permit

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×