Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Dua Lelaki Lemas Dihanyut Arus Air Ketika Mencari Kepah

Dua lelaki ditemukan mati lemas selepas dihanyutkan arus Air Ketika Mencari kepah di tepi pantai berhampiran Esplanade Buntal, di Kuching.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa pertama yang berusia 39 tahun dijumpai oleh penduduk kampung pada jarak 400 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 3.30 pagi tadi.

Manakala, katanya mangsa kedua yang berusia 25 tahun dijumpai oleh anggota pasukan penyelamat bersama-sama penduduk kampung pada pukul 3.43 pagi tadi.

“Kedua-dua mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, katanya Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya menerima panggilan dari balai polis memaklumkan laporan mangsa dikhuatiri lemas di Esplanade Buntal kira-kira pukul 12.47 malam tadi.

Susulan itu, pasukan BBP Petra Jaya yang dikerahkan ke lokasi kejadian mendapati kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka sedang mencari kepah di tepi pantai.

“Kedua-dua mangsa telah dihanyut oleh arus air manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Sumber : Kosmo

The post Dua Lelaki Lemas Dihanyut Arus Air Ketika Mencari Kepah first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Dua Lelaki Lemas Dihanyut Arus Air Ketika Mencari Kepah

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×