Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Nadeera Zaini Juara ‘Big Stage’ Musim Ke-5

Selepas 10 minggu bersaing, penyanyi Nadeera Zaini diumumkan sebagai juara program Big Stage musim kelima (BS5) pada konsert akhir yang berlangsung malam tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini membawa Pulang Wang Tunai bernilai RM100,000 beserta trofi.

Dalam konsert akhir yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam sebentar tadi, penyanyi berusia 30 tahun itu telah mendendangkan lagu Never Enough nyanyian asal Loren Allerd dan Gundah, nyanyian Ernie Zakri untuk segmen Battle Mash-Up.

Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi dari Indonesia, Waode dengan membawa pulang hadiah berupa Wang Tunai Sebanyak RM30,000 dan trofi.

Manakala, tempat ketiga pula menjadi milik Putera Muhammad dengan Membawa Pulang Wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi.

Tempat keempat menjadi milik peserta dari Korea Selatan, Hoondoo dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan trofi.

Tempat kelima dan keenam pula masing-masing dimenangi oleh Aufahanie dan Puteri Khareeza. Kedua-duanya membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 beserta trofi.

Konsert akhir BS5 yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan pengacara asal Indonesia, Rina Nose turut menyaksikan penampilan istimewa, maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS sebagai juri jemputan.

Kerusi Presiden Netizen untuk konsert akhir pula disandang oleh Jihan Muse.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022). 

Sumber : Kosmo

The post Nadeera Zaini Juara ‘Big Stage’ Musim Ke-5 first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Nadeera Zaini Juara ‘Big Stage’ Musim Ke-5

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×