Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pelanggan Kecewa ‘Rider’ Campak Barang Dari Pagar

Seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa apabila tindakan penghantar Barang dari sebuah syarikat kurier mencampak pesanannya dari pagar rumah.

Pengguna Facebook, Anik Kina, membuktikan tindakan tidak bertanggungjawab pekerja terbabit menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik dalam hantaran semalam.

Difahamkan, kejadian tersebut juga berlaku semalam sekitar pukul 2 petang melihat kepada tarikh dan waktu pada rakaman yang dikongsikan.

“Biadap betuk la pekerja * ** Sungai Siput yang seorang ini. Cara letak barang sampai terkejut kucing itu. Tahu la awak hari ini hari terakhir kerja. Jangan la begitu letak barang saya.

“Saya bukan ada buat salah dengan awak pun sampai cara begitu awak Campak Barang saya, bayar kot, bukan percuma,” luah pelanggan tersebut.

Dalam pada itu, pelanggan berkenaan turut bertanya kepada pengguna Facebook yang lain tentang cara membuat Laporan Kepada Syarikat kurier berhubung tindakan pekerjanya.

“Sesiapa tahu tak cara nak buat laporan pekerja macam ini?.

“Bantu bagi pendapat kejap, ada cara tak nak kompelin?,” soalnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram dan ada pengguna lain berkongsi pengalaman sama apabila pesanan mereka rosak gara-gara pekerja kurier campak dari jarak jauh.

“Dua tiga kali dah barang sampai rosak, pecah, kotak kemek, bila satu hari saya sengaja mengendap dari tingkap rumah, memang nampak mereka (penghantar barang) campak barang saya dari jauh, malas nak turun dari motosikal, boleh baling macam itu barang pelanggan, memang kurang ajar,” kongsi Syafina.

“Dah ada bukti video macam ini, terus sahaja buat laporan kepada syarikat kurier,” cadang Azlan.

Sumber : Kosmo

The post Pelanggan Kecewa ‘Rider’ Campak Barang Dari Pagar first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Pelanggan Kecewa ‘Rider’ Campak Barang Dari Pagar

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×